
“ Apa!?” Aaron terduduk. Lututnya sangat lemah. Dia kelu
lidah. Dirinya ibarat dipanah petir. Jantungnya bagai terhenti. Air matanya
mula bergenang. Dia merasa amat serba salah. Hatinya meruntun. Dia berasa bagai
dihiris sembilu. Aaron memukul perlahan lantai papan itu.Dia mula meronta. “
Ary!! Ary!!” pipi Aaron dibasahi air matanya yang mengalir tanpa henti bak
sungai yang mengalir deras. Dia amat terkesan dengan kejadian ini. Mana taknya,
Aaron amat menyayangi adiknya itu dan menatang Ary ibarat menatang minyak yang
penuh. Aaron menjerit melepaskan kegeraman. Kemudian dia berlari ke halaman
luar dan menyepak pokok-pokok buah di situ.
Dengan menggunakan buku limanya, Aaron dengan sepenuh kudratnya menumbuk
pokok mangga di sebelahnya. Akibatnya, jari-jemari Aaron berdarah.
Nek Esah segera berlari ke arah Aaron dan menarik Aaron
kebelakang. Dia cuba sedaya upaya untuk menenangkan Aaron. Dia memeluk Aaron
agar dia tidak lagi menumbuk pokok. .
“Sabar, Aaron. Sabar. Tak baik macam ini.”
“ Semua ini salah Aaron, nek. Salah Aaron. Kalau Aaron tak
marah dia tadi, kalau Aaron tak tengking dia tadi, kalau Aaron tak LEMPANG dia
tadi, dia takkan lari,nek. Salah Aaron… Ary!! Maafkan abang Ary… Maafkan abang!
Penculik TAK GUNA! Yang kau nak culik adik aku kenapa? Yang kau nak ambil adik
aku kenapa? Kenapa Ary,nek? Kenapa dia??? Dia sajalah adik Aaron, nek. Ary!!!”
“Dahlah,Aaron. Mengucap! Istighfar! Bawa bersabar. Kalau kau
macam ni, bertambah sedihlah nenek. Mengucap. Tak eloklah.Tangan kau dah
berdarah ni, mari kita ke klinik ya?” Rayu nenek Esah.
Aaron mula mengesat
air matanya. Dia menekup mukanya dengan tangannya yang masih berdarah. Dia tak
mahu pergi ke klinik. Baginya, Ary lebih penting dari tangannya. Seketika
kemudian, barulah Aaron mulai tenang. Setelah dipaksa oleh neneknya, akhirnya
Aaron akur untuk ke klinik.
***
“Nasib baiklah, kamu hanya mendapat luka ringan. Tiada
tulang yang patah atau terseliuh. Saya dah balut luka ini. Saya sarankan kamu
agar kamu jangan melakukan sebarang kerja yang berat. Jangan diusik,ya luka
ini” doktor memberi nasihat. Namun Aaron tisak mendengarnya. Fikirannya
melayang. Dia asyik terfikirkan keadaan Ary. Bagaimana keadaan Ary. Adakah dia
selamat? Adakah dia diseksa? Makankah dia? Minumkah dia? Soalan itu bermain-main
dalam fikiran Aaron. Sempat lagi mengalirkan air mata.
“Adik Aaron? Kamu ok kah? Kamu dengar tak apa yang saya cakap?” doktor cuba menarik
perhatian Aaron dengan menyuluh lampu kea rah mata Aaron.
“ Oh, ya! Maafkan saya, doktor.Apa dia?”
“ Hmm, tidak mengapalah. Beginilah,kamu pun kelihatan amat
letih. Jadi saya akan beri kamu ubat batuk agar kamu boleh berehat. Tadi memang
saya nampak tekak kamu merah. Nampaknya kamu baru lepas menjerit,ya? Kamu perlu
jaga diri. Saya juga akan beri kamu krim untuk luka di tangan ini. Kamu boleh
pergi. Terima kasih.”
“ Terima kasih, doktor”
***
“Nek, ada apa-apa berita? Saya dah pun melaporkan ini keada
pihak polis.”tanya Aaron yang menghampiri neneknya yang hanya duduk di tepi
telefon menunggu panggilan penculik itu.
“Ya, seperti nenek cakap tadi,mereka minta wang tebusan.
Mereka mahu wang tebusan itu dihantar ke
Taman Hyde pada pukul 6 petang esok. Letakkan di bawah kerusi yang bertanda 9.
“ nenek menerangkan.
“Tapi berapa nek”soal
Aaron lagi.
“ Lima…lima… lima belas ribu ringgit” Terbeliak mata Aaron.
Mereka hanya orang biasa. Mana nak dapat duit sebanyak itu. Sekali lagi dia terduduk.
***
Malam itu, Aaron
baring di katilnya sambil memandang ke siling biliknya. Dalam hatinya
memikirkan bagaiman hendak mencari wang tebusan selama kurang 24 jam. Aaron
bingung dan kebuntuan. “Ya Allah,
manalah aku nak cari duit sebanyak itu? Aku tak mampu.” Air mata Aaron mula
bergenang. Tiba-tiba Aaron teringat sesuatu dan dia bingkas bangun lalu
berjalan ke meja belajarnya. Dia membuka
sebuah laci dan mengeluarkan buku akaun bank. Aaron mengenggam erat buku itu. Dia berdoa
dalam hati agar baki wang simpanannya itu cukup untuk membayar tebusan Ary itu.
Tiba-tiba, pintu
bilik Aaron diketuk. Kelihatan Nek Esah sedang berdiri di muka pintu. Di
tangannya memegang sebuah kotak kayu yang berukir. Aaron mendekati neneknya
itu. Dia masih memegang buku akaun bank itu. “Kenapa,nek?Boleh Aaron bantu?”
“Ini, dalam kotak ini ada sedikit barang kemas nenek yang
lama. Nenek dah tak pakai. Boleh kita jual dan duitnya akan kita guna
untuk bayar tebusan Ary. Mungkin tak
cukup tapi sekurang-kurangnya adalah
sikit. Esok kita pergi ke Kedai Pajak
Gadai,ya? “ Nenek memulakan bicara dan menghulurkan kotak kau itu.
Aaron menyambut kotak itu lalu membuka kotak itu. Dia
mengangkat barang-barang kemas neneknya tu. Kemudian, dia menyusun kembali
barang kemas itu lalu menutup kembali kotak itu. “Ish, nenek ini. Tak payah
susah-susah. Aaaron tahu ni semua barang kesayangan nenek,kan? Kebanyakannya
peninggalan arwah atuk kan? Tak payahlah…Nenek simpan saja”. Aaron menghulurkan
kembali kotak kayu itu kepada neneknya.
“ Kamu ini, Aaron! Biarlah, ini barang nenek! Suka hati
neneklah nak buat apa dengan barang nenek! Habistu kamu nak bayar tebusan Ary
dengan apa? Air liur? Ini saja yang kita ada… guna sajalah!” Nenek memarahi
Aaron.
Aaron hanya diam dan tunduk ke bawah. Baru dia
teringat bahawa dia masih memegang sebuah buku bank. “Jangan risau,nek. Aaron
tahulah macam mana nak cari duit tu. Tengok ni, Aaron ada simpanan. Insya-Allah
cukup”
“Ini? Bukankah ini wang simpanan kau untuk perbelanjaan
university kau nanti? Habis itu kau nak pakai apa nanti? Kita gadaikan sajalah
barang kemas nenek ini. Bukannya nenek akan mati tanpa barang kemas ini.”
Aaron diam. Sememangnya apa yang baru saja dituturkan oleh
neneknya betul. Itu wang simpanannya untuk ke universiti kelak. “Mana ada,nek.
Ini memang simpanan Aaron. Aaron simpan ini untuk kecemasan. Duit university
itu lain,nek.” Aaron mengeluh kerana dia
terpaksa menipu neneknya. Selama ini, dia sering menasihati Ary agar tidak
menipu. Tetapi kali ini terpaksa dia menipu.
“Oh,begitu rupanya!” Nenek Esah menghela nafas lega. “Tapi
nenek mahu kamu ambil juga barang kemas ini. Mana tahu tak cukup. Ya?
Ambil,ya?” nenek berkeras.
“Baiklah,nek. Nenek rehatlah dulu. Nanti biar Aaron yang
uruskan.” Nenek akur dan berlalu pergi tanpa mengucapkan apa-apa.Mungkin
terlupa mahu mengucapkan selamat malam kepada Aaron kerana kepenatan. Aaron menutup pintu biliknya. Dia duduk di
atas katilnya. Kotak kayu kepunyaan neneknya tadi di sisinya. Buku bank yang
sedari tadi di dalam genggamannya dibuka perlahan-lahan sambil mulutnya
terkumat-kamit berzikir agar diberi rezeki.
Namun,hampa. Wang simpanannya itu masih tidak mencukupi
untuk membayar wang tebusan Ary. Buku bank itu terlepas dari genggaman dia. Dia
hanya memerlukan RM9 000 sahaja lagi. Pada waktu itu, Aaron terpaksa menerima
kenyataan yang dia perlu menggadai barang kemas neneknya. Aaron mengutip semula buku bank tadi dan
menyimpannya semula di dalam laci tadi. Ketika dia menyusun buku itu di dalam laci.
Tiba-tiba ada satu
surat tersisip keluar dari satu fail.
Aaron mendapatkannya. Tertera pada sampul surat itu Sulit. “Oh, ya! Baru
aku teringat! Tabung amanah Ary! Akulah pemegang amanahnya. Mungkin aku boleh
gunakannya utntuk bayar wang tebusan Ary.” Aaron mengeluarkan surat itu dari
sampulnya dan membacanya sepatah demi sepatah. “Tapi… adakah ayah dan ibu akan
membenarkan aku menggunakan duit ini? Duit ini adalah untuk masa hadapan Ary.”
Aaron berfikir sejenak. “Aku boleh mengeluarkan duit ini kerana aku pemegang
amanahnya… Ya Allah, apa yang aku patut lakukan sekarang?”
Aaron meletakkan surat itu di tepi. Dia bergerak ke bilik
air untuk mengambil wudhu’. Setelah mengambil wudhu’, dia menghamparkan sejadah
dan menunaikan solat istikharah. Usai
menunaikan solat dan berdoa, Aaron melipat kembali sejadahnya. “Alhamdulillah.
Baru tenang hatiku. Rasanya aku guna sajalah wang dari tabung amanah Ary itu.
Ini demi Ary juga. Bukan orang lain. Bukan aku tak nak guna wang simpanan aku,
cuma aku memerlukannya juga. Ayah, ibu.
Maafkan Aaron,ya. Aaron terpaksa.” Aaron
mencapai surat itu tadi. “ Hmm, esok aku akan pergi ke sana untuk keluarkan
duit itu. Harap boleh. Insya-Allah”
sambungnya. Aaron menyimpan kemas surat itu di dalam laci. Dia
memastikan surat itu tersorok. Neneknya dan Ary tidak boleh tahu mengenai ini.
Itulah pesanan ayah dan ibunya. Dia sendiri tidak pasti sebabnya.
***
Keesokan harinya,
pada pagi yang hening lagi mendamaikan mengiringi Aaron yang nekad mengeluarkan
wang dari simpanan tabung amanah untuk membayar wang tebusan Ary. Dia juga pergi
berbekalkan doa neneknya yang tidak tahu dia
akan membayar wang tebusan Ary dengan duit dari tabung amanah Ary.
Sesampai sahaja di destinasi yang dituju, Aaron berjumpa
dengan pegawai yang berkenaan untuk menyatakan hasratnya. Dia amat berharap
permohonannya itu akan diterima. Dia juga berharap duit itu dapat dikeluarkan
secepat mungkin. Kerana kebiasaannya jika ingin mengeluarkan sejumlah wang yang
banyak akan memakan masa yang lama.
Setelah berunding akhirnya permohonan Aaron diterima . Aaron
hanya perlu menunggu wang itu dikeluarkan. Sementara itu, Aaron diminta
menunggu di ruang menunggu yang amat mewah lagi selesa yang betemakan vintage.
Aaron melabuhkan punggungnya di sebuah sofa klasik rekaan pereka terkenal. Amat
selesa dan empuk. Di suatu sudut telah disediakan makanan yang sungguh
menyelerakan yang dihidangkan atas sebuah meja kaca yang berukir kemas. Aaron
menelan air liur. Sudah sekian lama dia tidak merasa makanan semewah itu. Dulu,
ketika ibu bapanya masih hidup, makanan itu sudah menjadi makanan ruji baginya.
Namun kini, susah sekali mahu menikmati makanan seenak itu
Air mata mula bergenang di mata Aaron. Kali ini, kesedihannya bukan sahaja kerana
Ary malah kerana dia teringat kepada ibu bapanya. Aaron amat merindui mereka.
Dahulu, setiap hujung minggu ibu bapanya akan cuba meluangkan masa untuk
membawa dia dan Ary bersiar-siar dan akan membelanja mereka makanan sebegitu.
Walaupun ibu bapanya kuang meluangkan masa bersamanya kerana masa itu telah
dicuri oleh kerjaya ibu bapanya, namun perasaan kasih dan sayang Aaron terhadap
mereka tidak pernah sikit pun luak.
Tidak pernah terlintas di fikiran Aaron untuk membenci mereka disebabkan
kurangnya masa yang diluang untuknya. Dia memahami tugas ibu dan bapanya.
Ibunya bertarung menyelamatkan nyawa orang lain sebagai seorang doktor.
Manakala ayahnya memiliki syarikat sendiri.
Lamunan Aaron terhenti disebabkan oleh bunyi ‘stand clock’
yang ada di dalam bilik itu juga. Aaron memandang kea rah jam itu. Jarum jam
menunjukkan waktu tepat jam 9 pagi. Dalam hatinya berkata “Tinggal 9 jam sahaja
sebelum pukul 6. Dan pada waktu itu, aku boleh berjumpa dengan Ary semula. Ary,
bertahan,ya. Abang akan datang selamatkan kamu. “
Tekak Aaron terasa kering. Dia pun mengambil secawan teh
panas bagi melegakan kehausan tekaknya. Dia juga mencapai sebuah suratkhabar
lalu duduk semula di kerusi yang empuk itu. Satu demi satu helaian surat khabar
diselak Aaron. Dia membacanya dengan tekun. Tiba-tiba dia tersenyum kelat.
Tertera di dada akhbar itu gambar Ary, adik kesayangannya. Di sebelah gambar
itu pula ada tertulis “Dicari. Arianna bt Mohamad Aziz. Jika ada sebarang
maklumat sila hubungi Detektif Ariq Hazzique bin Saad atau Aaron bin Mohamad Aziz.” Diselitkan juga nombor telefon mereka berdua
dan ciri-ciri Ary.
“Nampaknya , polis dah pun mengorak langkah mereka. Begitu
juga aku.”
AKhirnya setelah
sekian lama menunggu, wang itu berjaya dikeluarkan pada jam 12 tengahari.
Dengan berwaspada, Aaron bergegas pulang ke rumah.
Sesampai sahaja di rumah Aaron menyimpan wang itu ditempat
yang selamat. Kemudian, dia terus meyibukkan dirinya dengan membantu neneknya
mengemas rumah, belajar dan melakukan apa sahaja untuk mengalihkan perhatiannya
agar dia tak perlu ingat tentang Ary sebentar. Apa yang pasti, dia akan
berjumpa dengan Ary tak lama lagi.
***
Akhirnya, waktu yang
ditunggu-tunggu Aaron telah tiba. Seawal 5.30 petang Aaron sudah menghitung
detik di Taman Hyde. Dia memeluk erat
beg yang mengandungi wang tebusan tersebut.
Da resah menunggu kelibat penculik itu. Dia memandang sekeliling. Namun, masih tiada kelibat penculik itu.
Hanya beberapa orang tua yang memanfaatkan kemudahan di Taman Hyde itu.
Aaron semakin
gelisah. Dia bagaikan ular dipalu. Hatinya berdebar-debar. Jiwanya tidak
tenteram. Dia tertanya-tanya. Jam
tangannya menunjukkan waktu sudah jam 6.45 petang. Penculik itu sudah lewat 45
minit. Dia terlalu risau. Di mana Ary? Bagaimana Ary? Apa penculik itu sudah
memungkiri janjinya? Bisik hati kecil Aaron. Dia bangkit dari tempat duduknya
dan meronda di seluruh Taman Hyde itu.
Tiba-tiba ada satu van biru gelap menghampirinya. DIa tidak
pasti siapa pemandunya kerana cermin van itu sudah digelapkan. Dia fikir itulah
pencurinya. Kegelisahannya mula reda. Dia harap urusan itu akan menjadi mudah.
Kemudian,pintu van itu dibuka perlahan-lahan. Aaron berdebar-debar.
Selepas pintu van itu habis dibuka, keluarlah seorang lelaki
berbadan tegap. “ Detektif Ariq Hazzique!?” Aaron berasa sungguh terkejut. Dia
tak sangka dia kan berjumpa dengan Detektif Ariq Hazzique.
“Ya,saya. Kamu apa khabar?” beliau memulakan bicara. “Saya
nak kamu berjumpa dengan seseorang yang sangat ingin berjumpa dengan
kamu.” Sambungnya.
“Abang!!!!!” Kemudian Ary melompat keluar dari van itu.
“Ary!!!!!” Aaron terus memeluk tubuh kecil adik
kesayangannya itu. “Terima kasih
detektif. Tapi bagaimana…..????”
“Alah,kamu tak perlu tahu. Kami Cuma kesan tempat
persembunyian mereka yang tak berapa tempat persembunyian. Mereka hanya
bersembunyi di rumah salh seorang penculik tu. Sungguh mudah dikesan. Kemudian kami serbu dan berkas mereka.
Terlepaslah mereka. Mudah sangat kes ini kerana mereka bukanlah seorang yang
professional. Yalah,jumlah wang tebusan
pun tak munasabah. Walaupun banyak sebenarnya tapi bagi penculik yang
professional mereka tidak akan minta sedikit itu. J” jelas Detektif Ariq
Hazzique.
“Oh,begitu.Terima kasih banyak-banyak tuan Ariq Hazzique.” Ucap
Aaron. Jelas kelihatan muka gembira dan puas terukir di wajah kacak Aaron.
“Ish, kamu ni. Nama saya memang panjang. Tapi tak perlu
panggil semua. Dari haritu saya pesan kamu panggil saya Haz saja. Baiklah,kami terpaksa pergi dahulu. Ada hal
lain yang kami perlu uruskan lagi. Maafkan kami,ya. “ Detektif Ariq Hazzique
mewakili pegawai polis yang bersamanya meminta diri untuk pegi dahulu. Lalu
mereka pun hilang dari pandangan Aaron
dan Ary.
“Ary, mari ikut abang simpan duit ini dahulu,ya? Kemudian
kita pergi solat berjemaah di masjid baru pulang. Boleh?” pinta Aaron.
***
“Ary!” teriak nenek sebaik sahaja terlihat kelibat Ary.
Wajah riang jelas terpancar di wajahnya. Air mata bahagia mula membasahi pipi.
Senyuman yang lebar juga terukir di bibirnya.
Nenek Esah amat bersyukur kerana dapat bertemu semula dengan
satu-satunya cucu perempuannya. Sementara, Aaron hanya senyum memerhati gelagat
mereka seperti kerang busuk.
Tanpa mempersoalkan bagaimana Ary dilepaskan dan mengapa
mereka pulang lewat, Nenek Esah hanya melayan Ary sebaik mungkin. Dia merawat
luka ringan yang ada pada Ary punca deraan penculik itu. Dia memasakkan Ary
makanan kegemaran Ary dan sebagainya.
***
(Realiti)
“Huh, susah betul nak menjejak Maryam Mellisa ni.Berapa
banyak aku habiskan duit mengupah penyiasat. Susahnya lah. Abang… siapa dia
ni?” Ary mengomel sendiri.
“Mana boleh beritahu, sayang. Rahsia. Usaha tangga kejayaan.
Ary kena cari sendiri. Di mana ada kemahuan , di situ ada jalan. Teruskan
berusaha. Jangan cepat mengalah. Biar habis duit sikit demi menjawab persoalan
Ary kan? Nanti pasti terbalas sagala usaha titik peluh dan wang ringgit Ary
yang tak seberapa itu!” bayangan Aaron muncul di kiri Ary.
“Hey, reti bagi salam tak? Tak ada adab sopan dan
ketatasusilaan langsung! Dulu dia paling suka kalau nak ceramah orang
ketatasusilaan ini. Dahlah tiba-tiba saja muncul! Bila muncul, mahu ceramah
orang pula! Abang, bukan sikit tahu duit yang telah Ary belanjakan.Ary perlukan
duit itu untuk beli benda lain. Belanjakannya untuk benda lain. Banyak perkara
dan benda lagi tahu yang memerlukan duit itu. Dah berapa kali Ary cakap pada
abang kan, satu sen itu amat berharga. Jangan membazir,abang. Amalan syaitan!
Kalau abang bagitahu kan senang? Kedekut
tahi hidung masin!” Ary memarahi
abangnya pula.
“Eh, eh. Orang nasihat dia, dia nak nasihat orang pula! Mana
Ary tahu tahi hidung abang masin? Pernah rasa kah? Pernah makan kah? Takkan
habis punya duit itu. Abang pasti. Abang tahu. Kalau salah, bunuh saja abang
ini. Kerat tangan abang! Tikamlah abang! Belahlah jantung abang! Abang tak
takut tahu!” gertak Aaron.
“Memanglah abang tak takut. Sebab abang memang dah mati! Nak
takut apa? Ary nak sentuh abang pun tak boleh apalagi nak kerat abang… Abang!
Bagitahu lah!” tegas Ary. Namun bila Ary memandang ke kiri, abangnya sudah
tiada. Abangnya sudah pergi. Ary mencebik.
Memikirkan betapa kejam abangnya membiarkan dia sendirian mencari
jawapan kepada persolannya iaitu siapakah Mariam Mellisa. Persoalan itu sungguh
menganggu zahir dan batinnya.
Beberapa saat kemudian, Ary menerima satu panggilan telefon.
Riak mukanya amat serius. Pasti panggilan itu dari seseorang yg penting. “Ya.
Baiklah. OK. Ya. Bagus. OK. Baik. Ya. Hm. Bagus. Terima kasih.” Itu saja yang
diucapkan Ary sepanjang perbualan melalui telefon itu. Kemudian dia terus
bersiap dan bergegas keluar rumah.
“Nak ke mana itu
Ary?” Ary tersentak.
“ Jumpa kawan sekejap. Mungkin lewat. Nenek tak perlu
tunggu,ya.Nanti bila Ary balik Ary belikan buah,ya nek? Ary pergi dulu. Selamat
tinggal.”
“Yalah. Jangan lama sangat. Dan jangan penat. Elok-elok.
Pastikan kamu sentiasa makan ubat.”
***
“Baiklah. Apa berita
terkini yang penting sangat ini?” Ary memulakan bicara dengan penyiasat
persendiriannya, Danny.
Danny menguhulurkan sampul surat bersaiz A4. “ Nah, tengok
apa yang ada dalam ini.”
Ary mengambil sampul surat itu lalu membukanya dengan penuh
persoalan. Perlahan-lahan dia mengeluarkan foto-foto yang terdapat di dalam
sampul itu. Foto berkenaan menunjukkan gambar seorang gadis bertudung yang
cantik , ayu dan sopan. Sungguh sejuk
mata memandang.
“Mariam Mellysa binti Ahmad Saifullah. Tapi lebih mesra
dengan panggilan Lysa. Sebaya dengan abang cik Ary. Dia sekarang ini berada di
Mesir, sambung belajar dalam jurusan medik. Anak kedua dalam 4 beradik. Tapi seorang
adiknya, Layla Ez-zahra dah meninggal
dunia disebabkan kanser darah, Anemia. Arwah, sebaya dengan cik. Adiknya yang
bongsu pula, SPM tahun ini.Nama dia Sara Emyra. Lupa pula,nama abang dia Ariq
Hazzique. Ayah dia, cik tahulah, Encik Ahmad Saifullah. Mak dia, Sumayyah
Anissa’. Keluarga dia tinggal di Damansara. Dalam sampul itu ada alamat penuh
dia, biodata penuh dia…”terang Danny separuh jalan.
“Wait,wait. Ariq Hazzique? Kenapa saya macam pernah dengar
nama itu? Kejap. Yalah, saya pernah
dengar nama ini. Kamu ada gambar dia? Bagitahu saya pasal lelaki ini?” pinta
Ary.
“Ada! Gambar dia di bahagian belakang itu. Dia ini, polis.
Alah, dia ni ketua polis lah! Sebabitu macam kenal saja.Dulu dia lagenda.
Detektif yang banyak selesaikan kes terutamanya kes penculikan. Dialah yang
selesaikan. Hebat. Dia ini, idola saya… saya mahu jadi macam dia! Selesaikan
banyak kes dan persoalan.” Danny berbicara
luar topik.
“Tak! Saya bukan kenal dia sebagai seorang ketua polis.
Yalah! Detektif Ariq Hazzique! Ya! Ya! Kamu genius,Danny! Kamu tahu, dulu saya pernah diculik dan
dialah yang menyelamatkan saya. Abang Haz! What a small world. Semua ada daam sampul
ini,kan? Baiklah saya pergi dulu!” Ary dengan tergesa-gesa meninggalkan Danny
yang melopong mulut kebingungan.
***
“Ting Ting Ting, Tong Tong Tong… Assalamualaikum! Anda ada
tetamu!”
Bunyi loceng rumah yang agak unik kedengaran. Haz memantau
siapa yang berada di hadapan rumahnya melalui kamera litar tertutup. Dia segera
membuka pintu rumahnya bagi menyambut kedatangan tetamunya itu. “Ya, masuklah. Teriak Haz.”
Pintu pagar automatic itu terbuka sedikit itu membolehkan
Ary masuk. Setelah nampak muka Haz, senyuman terukir indah di bibir Ary. “Abang
Haz!! Ingat saya? Ary. Arianna binti Mohd Aziz. Abang pernah selamatkan saya
dari diculik.”
“Huh? Ary?” Haz berkerut dahi tanda persoalan. Dia masih tak
mengerti apa yang dituturkan oleh Ary. Namun selepas beberapa ketika dia
mengimbas memorinya, dia mula ingat.
“Oh,Ary! Saya ingat. Dunia sungguh kecil. Kamulah adik Aaron.”
“Aaron? Abang Haz cakap dengan siapa?” Lysa, gadis misteri
yang Ary cari-cari selama ini mucul di hadapannya. Lysa menatang sedulang cawan dan teko yang
berisi air the panas. “Duduklah dulu kalau nak cerita pun.” Lysa melutut dan
menuangkan air teh pudina ke dalam cawan. Kemudian dia menyambung bicaranya, “
Siapa tetamu abang Haz ni? Teman wanita? Kekasih gelap? Hah, Lysa bagitau kakak
Nana!” Lysa bersakat. Nana merupakan isteri kepada Haz.
“Ish, Lysa ni! Ada-ada saja. Kenalkan, ini Ary. Adik kepada
Aaron, tunang kamu.Ini bakal adik ipar kamu tahu, kekasih gelap abang pula.” Terang
Haz.
Ary terasa bagai dipanah petir. Jantungnya bagai terhenti. Dia yang masih
berdiri ,jatuh terduduk. Tas tangannya terlepas dari tangan. Riak mukanya
menunjukkan dia amat terkejut. “Tu…tu…tun…tunang!?
Kenapa? Kenapa Ary tak tahu? Kenapa abang tak bagitahu Ary?”
Bersambung…
No comments:
Post a Comment