Saturday, June 2, 2012

Bab 2~ Gula dan Garam.



[Sepertimana yang diarah Pn. Lily,Maria dan Mikhail bertindak membantu Lisa untuk berjaya seperti mereka juga dalam peperiksaan UPSR yang akan Lisa hadapi tak lama lagi.]

Maria: Lis, ni jadual belajar. Ikut tau jgn tak ikut. Klu tak, siap kamu akak kerjakan.

Lisa: Aik? Cepatnyer dah siap?

Mikhail: Alah, dia punyer tahun lepaslah tu! Mcm abg tak tau...

Lisa: No wonder...

Maria: Alah, abg nih, tau-tau jer. Ambil jer Lisa, asal ada kan? Malas akak nak buatkan lain. Ini banyak berjasa juga tau, tgk akak sekarang berada di mana?

Mikhail: Di sini. Di dalam bilik study rumah kita, di KL, Malaysia, di Bumi!

Maria: -_- " ! Tak lawak langsung! Maksud Maria , disebabkan jadual nilah yg menjadikan Maria berjaya. Ada paham?

Lisa: Apa-apalah. Wajib ikut ke? Kalau sekali sekala langgar tak bole?

Maria: >:( ! TAK BOLEH! Kene ikut juga tak kira apa pun alasan.

Mikhail: Kalau sakit masuk hospital?  Kena ikut juga? Jgnlah tegas sgt syg hoi...

Maria: Klu itu alasannya nk wat cam mana kan... Maria taulah nak berlembut di mana....Maria tak melampau. Bukannya tak boleh berfikiran rasional kan?

Lisa: Yelah, yelah. Tak usah bergaduh. Bagi sini jadual tu. Nak 'usha' jap. [ambil jadual] Amboi, siap laminate lagi! Kelas kau, Maria!

Maria: Usha????What on earth is that thing?

Lisa: o_O ???? U don't know what is usha???? Or just pretending? Impossible u dun know! It's a lame word!

Mikhail: Lisa my darling, don't you forget, your is sister is a 'skema' girl. Dia takkan tahu bahasa tu. Maria syg, usha tu mcm tgk-tgklah. Something like that.

Maria: -_-" Semapat  lagi kutuk orang kan? Kecik hati Maria tau!

Lisa: [sambil baca jadual] WHAT!!!????? No way! Takkan akak nak Lisa cuma ada 3 jam untuk buat masa bebas? Pagi dari kol 8-3 sekolah, 3 tu sampai pukul 6 jer boleh tgk tv sume? 6-7 nak beriadhah, 7-8 .30 beribadah, ada 30 minit bebas sekejap, 9-10.30 belajar lagi, then, tidur??

Maria: Alah, okaylah tu, Banyak apa waktu bebas?? 3-6 tu dah 3 jam! Tambah 30 minit lepas solat isyak?  yg 6-7 tu rehatlah tu. Beriadhah kan,bukan guna otak pon.

Mikhail: Gunalah! Kan kita kena berfikir mcm mana nak  naik basikal, mcm mana nak berlari? Semua tak ke guna otak? Apalah Maria ni,kan Lisa? Kakak sapalah tu.

Maria: Ish, abang ni, menyakitkan hati betullah! Maksud Maria, bukan kena perah otak ke apa... Cuma rilek rileks . Yang abang ni dari tadi nak hentam Maria kenapa? Abg di pihak Maria ke pihak Lisa ni?

Mikhail: Err, abang di tengah. Hehehe. Jgnlah marah, Maria. Maria tahukan abang cuma bergurau. Jgnlah ambil hati. :P

Lisa: Apa-apalah. Ni sekarang apa yg Lisa perlu buat? Dah naik bosan dah Lisa ni. Nak on FB tak boleh pula. Handphone takda, Laptop takda, iPad takda.

Maria: Takda-takda! On FB pula!Takpelah, sekarang dah petang. Jom cycling, bang? Dah lama tak cycling kan?

Mikhail : Pukul berapa sekarang? [tgk jam] Alamak, tak bolehlah Maria. Ada futsal dgn kawan-kawan petang ni.

Maria : -_-" ! Sapa? Daniel ngan Farish lah tu. Eleh.

Mikhail: Err, ya.

                                   [Pintu bilik study tu diketuk dan bibik Tuti pun masuk]

Bibik: Mikhail, ada kawan datang, katanya mau main hutsail ,hutsal.?Entahlah Dia lagi tunggu di bawah. Katanya namanya Z, Z, Zhafan sama Daniel dan Farish. ENtahlah bibik ngak tau  nyebut namanya.

Maria: ZHARFAN!?? Abang main futsal dgn dia??????? Apa kelas???

Bibik: Ah, tu. Futsal.

Mikhail: Biarlah abang nak main dgn sapa pun... Apa salahnya. Abang sapa? Hah, abg Shasha tu pun abang ajak. Si Sam tu .

Maria: Owh, abang Sam. Whatever lah! Pergilah dengan futsal abang tu. [menjeling]

Lisa: Am-boi, ga-rang-nya? [nada sinis]

Maria: -_-'' ! Dahlah, jom main basikal. Nanti dah tak sempat. Kita nak pergi jauh.

Lisa:  :( [buat mulut ikan] [buat muka kesian]

Maria: Alah kesiannya adik akak seorang ni. Ah! Takda! Jom juga! Buatlah muka apa pun,nangis berdarah ke, pergi juga. Jomlah.

[Semasa berbasikal]

Lisa: Akak...huh,huh, penatlah. Huh,huh, naik bukit tinggi ni. Huh,huh. Dah lama  nih. Dah beratus kilometer nih. Huh,huh. Penatnya!

Maria: [surara tinggi] Alahai, Lisa ni! Tolong cuba jangan asyik nak merungut je 24 jam? Rimas telinga akakk nih. Ada jer yg tak kena. Bersabarlah sikit. Lagipun bukannya jauh sangat. Baru 10 minit, baru berapa meter,tak sampai kilometer pun! Ini bukannya bukit pun. Cuma tanah tinggi.

Lisa: :( [nyanyi lagu Yuna-Penakut] Ini tidak adil,tidak adil jika engkau....

Maria: Perlilah tu?

Lisa: Manada! Orang nyanyi saja! Itupun salah

Maria: Macam orang tak tahu! :/

Lisa: Yelah,yelah! Orang tukar lagu lain! Dengki betul! [nyanyi lagu Sudah cukup sudah- Nirwana] Sudah cukup cukup sudah, Cukup sampai di sini saja, Daripada batin terseksa, Lebih baik ku pergi saja.

Maria: Ish dia ni, suruh berhenti merungut, dia merungut dalam lagu pula! Dahlah lagu tah pape!

Lisa: Akak ni menyakitkan hati betul! Yelah, yelah orang nyanyi lagu lain, [nyanyi lagu ]
Ah, I love you like a love song baby, ah, I love you like a love song baby, and I'm ....

Maria : Akak sarankan Lisa nyanyilah lagu yg molek sikit? Lagu yg bermotivasi ke, lagu nasyid ke, lagu salawat ke?

Lisa: Contoh?

Maria: -_-" Tulah, lagu menyidir, lagu cintan-cintun jer tau. Contoh macam Hanya di Mercu , Gemuruh, Standing in the Eyes of the World, lagu Baik-Baik sayang pun boleh.

Lisa: Baik-baik sayang???

Maria: Ni cikgu akak pada tahun lepas. Alah,ustaz Lutfie. Katanya lagu ini ibarat guru guru menyanyikan kepada anak-anak muridnya. Akak nyanyi eh. " Aku tak ingin kau menangis, bersedih, sudahi air mata darimu. Yang aku ingin erti hadir diriku kan menghapus dukamu syg. Karna bagi kau kehormatanku dengarkan dengarkan aku..."

Lisa: Wait,wait. Apa kena mengenanya dengan "tak ingin kau menangis" tu?

Maria: Hmm, yelah. Klu Lisa tak dapat 5A nanti,Lisa menangis kan? Cikgu tak nak Lisa menangis kedukaan. Jadi Lisa kena belajar dan guru akan bantu. Lagu ini,bukan cikgu jer yang boleh dedikasikan kepada Lisa, akak pun sama. :)

Lisa: Oh, macam tu! Baru Lisa faham. Thank you akak. Lisa syg akak. Akak dah membuka minda Lisa untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan akan mencapai kejayaan. [nada semangat betul]

Maria: Bagus, semangat itulah yang akak nak tengok. Sudut diri Lisa yang inilah yang akak nanti-nantikan kemunculannya. Tapi, ingat jangan hangat -hangat tahi ayam saja. Esok dah tak semangat. Akak harap semangat ini akan kekal sehingga tercapai matlamat Lisa. Belajar itu biar bersungguuh-sungguh, biar ibarat menggenggam bara api hingga sampai jadi arang. Jangan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Lisa: Baik, akak. Lisa pasti akan sentiasa memegang kata-kata akak. Akaklah idola Lisa sekarang. Lisa takkan biarkan nasihat akak itu sepertti mencurah air ke daun keladi terhadap Lisa. ... Tapi akak...

Maria: Tapi apa?

Lisa: Jom balik, please? Lisa penatlah mengayuh basikal ni. Akak nak bagi nasihat banyak-banyak time cycling ni pun tak best. Tak fokus. Balik eh?

Maria: Yalah,yalah. Lagipun dah nak lewat petang. Akak dah janji nak tolong bibik masak makan malam. Kan, kita mkn malam lambat pula. Lisa tolong sekali eh?

Lisa: ... ... ... Err... ...  Bo... leh... lah... [senyum kelat]


Maria: Good then! Alah, no worry, I will just ask you to take the ingreients and just cut that and this. No need to frying or grilling. I'll handle it. I jut want you to know the basic of cooking and things in the kitchen. I bet you don't know. 


Lisa:  Hehehehehe. 


{Di dapur}

Maria: Hye, bik. Sorry lambat balik. Ni, Lisa pun nak tolong tau.  Harini kita nak masak apa?

Bibik Tuti: Tak apa. Ibu sama bapak katanya balik lambat. Abang Mikhial juga kan? Masak lambat sikit gak papa. Tadi udah dipesan Puan, suruh masak pasta. Menurut Maria, pasta apa mau? Yang ada itu makaroni, spagheti, fetucini. Ah,itulah.

Maria : Hurm,Lisa? Akak tak kesah.

Lisa: Lisa rasa Lisa nak makaroni n cheese. Nyam,nyam! Boleh? 

Bibik: Boleh aja. Lengkap kok bahannya. Tapi mau diganding sama apa?

Lisa: Huh?

Maria: Apa kata appetizers nak guacamole dan desert nak... salad buah lah, semalam aiskrim. And nak raspberry juice.

Lisa: Oh,mcm tu.Ok,boleh. Sedap. Jom masak. 

Maria: Apa kata Lisa pergi buat air. Tanya bibik Som camner nak wat. Akak ngan bibik Tuti nak masak benda lain.

Lisa: Ah? Oh,okay![muka blur]

                 {Di kawasan buat air}

Lisa: Bik, nak buat apa ni?

Bik Som: Ya, ambil dulu buah raspberry nya, kemudian gula,lagi air.

Lisa: Tu jer?[ambil barang] Lagi?

Bik som: Ya, blendlah. Campur ini, buah dipotong dulu,letak dalam blender nya, taruk gula, air. Blend. Baru ditapis. Letakkan ais. Dah siap

Lisa: Tu je? Eleh, kacang! Tutup mata pun boleh siap.

Bik Som: Benar? Klu begitu Lisa buat dulu ya? Bibik mahu buat itu salad buah.

Lisa: Yes,sir![gaya askar]

[beberapa minit kemudian,Lisa menghampiri bik Som yg sibuk menyediakan salad buah]

Lisa: Bik! Nak buat! Ni nak diapakan?

Bik Som: Dipotong, mahu dibuat salad kan? Airnya sudah siap?

Lisa: Beres!

Bik Som : Mari, beri bibik rasa dulu.[minum air] Pfft! Blek! Kok asin???

Maria:[mencelah] Apa bik,asin? Mari sini! [minum] pfft! Cis! Air jus ke air laut ni?

Lisa: Erk? Asin tu apa? Masin ke? Err, mana Lisa tahu. 

Maria: Lisa letak apa? 

Lisa: Gulalah, apa lagi?

Maria: Yeke? Sini bekas tu. [ambil bekas] Ish,ish,ish,Lisa! Lisa,Lisa. Don't you see here? Dia tulis S-A-L-T! Salt! Salt tu kan garam! Hadoiyyai!

Lisa: Erk, yeke? td nampak mcm sugar je? Lg pun dia kasar apa.

Maria: Nampak mcm sugar pula.Klu rasa pun macam sugar tak pe. Klu amik stevia tu oklah lagi, ni garam.

Lisa: Stevia???

 Maria:  Tak tahu stevia tu apa? Dia ni sebenarnya sejenis tumbuhan. Dan dia agak manis. Boleh jadi gula. Tapi kurang manislah. Letak banyak mana pun boleh. Klu kat Cameron biasanya orang guna ni,tak guna gula tebu.

Lisa: Gula tebu? 

Maria: [tepuk dahi] -_-" Gula kan diperbuat daripada tebu...

Lisa: Oh, baru faham. Hehehe. ;)

Maria:  :/

[Malam itu di dalam bilik belajar,tiga beradik berkumpul. Maria menceritakan tentang kejadian di dapur ptg td]

Mikhail: [Ketawa terbahak-bahak sampai menagis] Hahahahaha,sakit perut abang. Hahhahaha. 

Lisa:  :( Abg ni, kejam betullah. 

Maria: Ok,ok, bang. Stoplah tu. Ok, Lisa,abang! Akak nak test Lisa lagi. Akak ada bawa gula dan garam. 
Cuba Lisa beritahu mana satu garam dan mana satu gula tanpa sentuh dan rasa. Hanya lihat. Ok,try.

Lisa: :( Ermmm, yg kiri ni...gula yg kanan nih garam.


Mikhail: MWahahahahhahahahahahahha. Bhuawahahahahhahahhaha,hhihihihih,huhuhuhuh,hohhoo. Sakitnya perut abg ni. Aduh,huhuhu.

Lisa: Kenapa? Salah ke?

Maria; Sekarang Lisa rasa!

Lisa: [rasa yang kiri] buek! Pft! Masin! Garam!Huhuhu,salah...

Maria: Hm,Lisa. Kan akak dah beritahu, klu nampak kasar, itu gula. Klu halus baru garam. Lisa kena ingat itu!

Lisa: Hmmm....Akak sengaja nak malukan Lisa kan?

Maria: Tak,akak cuma nak tengok Lisa ingat ke tak. Lisa kena belajar dari kesilapan. Bila Lisa malu, macam sekarang ni, Malu abang ketawakan, Lisa akan lagi ingat sampai bila-bila. Jadi lepas ni, bila ada lagi akak soal mana gula mana garam, Lisa akan ingat. " Oh, haritu aku jawab yg kasar tu garam, habis aku dimalukan abang, jadi yg kasar itu gula" Conclusionnya, Lisa dapat jawab tak? Dapat kan???






















No comments:

Post a Comment